INFO TERKINI : AL FATIHAH UNTUK ARUAH FAIZUL NAIM BIN HARUN DAN UCAPAN TAKZIAH UNTUK KELUARGA BELIAU, SEMOGA ARUAH DAN KITA SEMUA BEROLEH KERAHMATAN DARI ALLAH SWT. KURSUS KENAIKAN PANGKAT SETAF SARJAN SIRI 2 PUTERI PERINGKAT NEGERI KEDAH AKAN DI ADAKAN PADA 28 FEBRUARI HINGGA 2 MAC 2014 DI PUSAT LATIHAN KRS KEM NUR HIJRAH. SARJAN-SARJAN KRS PUTERI ANDA ADA KEBERANIAN, JOM P UJIAN KENAIKAN PANGKAT SETAF SARJAN.

SIAPAKAH PEGAWAI TADBIR PILIHAN ANDA

Siapakah Bakal Calon Pegawai Tadbir TKRS Kedah 2014
Kapten KRS Fairul Wazib Bin Abd Wahab0%
Mejar KRS Dzohirudin Bin Abd Rahim0%
Mejar KRS Noorismail Hj Omar Al-Kuszani0%
Mejar KRS Zaidi Bin Ibrahim0%
Kapten KRS Siti Mazenah 0%
Mejar KRS Fauzi Awang Lipah0%

03 February 2014

MAJLIS PENTAULIAHAN PEGAWAI KADET REMAJA SEKOLAH MALAYSIA PERINGKAT NEGERI KEDAH 2014

MAJLIS PENTAULIAHAN PEGAWAI KADET REMAJA SEKOLAH MALAYSIA PERINGKAT NEGERI KEDAH 2014

Assallammualaikum dan Salam Sejahtera......

29 Januari 2014...Maka berlangsunglah Majlis yang ditunggu oleh semua pihak. Setelah segala persiapan dan mesyuarat di adakan, pada hari ini dimulai dengan Pendaftaran para peserta Majlis Pentauliahan yang terdiri daripada Ketua-ketua Sektor JPN Kedah diikuti Pegawai PPD setiap daerah dan para pengetua seluruh negeri Kedah hadir bagi menerima Sijil Pentauliahan Pegawai Kadet Remaja Sekolah Malaysia yang akan disampaikan sendiri oleh Dato' Mansor Bin Lat iaitu Pengarah KRS Negeri Kedah. 


Para peserta telah di taklimat oleh Mejar KRS Amrimi sebelum majlis sebenar akan bermula. latihan bagi melicinkan majlis telah diadakan dan para peserta telah memberi kerjasama yang baik.   Bagi pengetua yang masih belum melengkapkan pakaian no 2 ini, Mejar Zaib telah membuat persediaan awal dengan membuka kaunter jualan aksesori bagi baju ini.

Majlis sebenar bermula jam 11.00 pagi dengan di dahului ketibaan Timbalan Pengarah KRS Kedah iaitu Tn. Hj Roslee Bin Hj Ismail yang melakukan tabik hormat kepada semua peserta.


Seterusnya, ketibaan Pengarah KRS Negeri Kedah iaitu Dato' Mansor Bin Lat yang diiringi Mejar KRS Amrimi Bin Othman tiba dan melakukan tabik hormat serta terus melakukan kawalan kehormat perbarisan.   
Setelah selesai kawalan hormat, para peserta Majlis Pentauliahan telah masuk ke dewan bagi meneruskan Majlis Pentauliahan Pegawai KRS Kedah.

Gambar bersama Pengarah KRS Negeri Kedah (Dato' Mansor Bin lat)
Majlis Pentauliahan Pegawai KRS Kedah berjalan dengan lancar. Setelah selesai majlis pentauliahan, para peserta ke Dataran kejat Pusat Ko untuk bergambar bersama dengan Dato' Mansor Bin lat.

Selepas bergambar bersama Pengarah KRS Negeri Kedah, majlis diteruskan dengan jamuan makan. Selepas jamuan makan, maka berakhirlah majlis pentauliahan pegawai KRS Negeri Kedah 2014. 

Jamuan Makan
 Sekalung Tahniah diucapkan kepada semua Pegawai dan Sekretariat KRS / TKRS Negeri dan Daerah yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan majlis ini. Tuan / Puan telah menunjukkan komitmen yang jitu dan berdedikasi walaupun dalam masa yang singkat. Tahniah semua...........

TEAM KRS/TKRS NEGERI KEDAH 2014

Terima kasih daun keladi..tahun depan kita buat lagi...jumpa di Kursus setaf Sarjan KRS Negeri Kedah pada 6 - 9 Februari 2014 di pusat Latihan KRS Kem Nur Hijrah, Batu Hampar Yan, Kedah.

Pegawai Data KRS/TKRS Negeri Kedah
Mejar KRS Noorismail Hj Omar Al-Kuszani
Kapten KRS Roslan Bin Khamis

PERSIAPAN SEBELUM MAJLIS PENTAULIAHAN PEGAWAI KRS PERINGKAT NEGERI KEDAH 2014

PERSIAPAN SEBELUM MAJLIS PENTAULIAHAN
28 Januari 2014 (Selasa) : 

Para urusetia dan sekretariat telah tiba di Pusat Kokurikulum JPN Kedah pada jam 2.30 petang untuk melakukan persediaan awal sebelum Majlis yang akan berlangsung esok. Khemah dipasang oleh pihak Catering Pusat Ko Kem Singkir dan persiapan dewan telah berjaya disiapkan oleh SMK Seri Badong.

Urusetia telah bermesyuarat pada jam 4.30 petang di Bilik Mesyuarat Pusat Ko JPN Kedah yang dipengerusikan En. Lazit Bin Ahmad (Penolong Pengarah Kanan Kokurikulum JPN Kedah). En. Lazit menaruh kepercayaan kepada Sekretariat KRS /TKRS Kedah yang diketuai Mejar KRS Amrimi Bin Othman (Pegawai Tadbir KRS Kedah)

Para pegawai telah melakukan persiapan sebaik yang mungkin bagi menyambut kedatangan Dato' Mansor Bin Lat, Pegawai JPN, PPD dan pengetua seluruh sekolah menengah Negeri Kedah. Para pegawai masih menyiapkan kerja sehingga jam 3.00 pagi. Itulah pengorbanan yang harus dilakukan para pegawai KRS Kedah. Tahniah dan Selamat berjuang.


25 January 2014

MESYUARAT PENTAULIAHAN PENGETUA KALI KE-2 2014

Assallammualaikum dan Salam Sejahtera...
En. Anuar Zamane sedang memberi Taklimat

Kapten KRS Roslan, Mejar Shukhairi Adnan dan Mejar Amrimi tekun mendengar penerangan

Mesyuarat Sekretariat KRS / TKRS berkenaan Majlis Pentauliahan Pengetua / Pegawai JPN / PPD yang akan di adakan pada 29 Januari 2014 telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Mesyuarat Pusat Kokurikulum, Kem Singkir JPN Kedah.

Pegawai Data dan Ketua Jurulatih TKRS Kedah
Mesyuarat dihadiri Pegawai Sekretariat KRS / TKRS Kedah yang turut serta bersama ialah En. Anuar Zamane Bin Mat Zen (Penyelian Kanan Kokurikulum JPN kedah), En. Azman (Pegawai Pusat Ko kem Singkir), wakil dari Sekolah Menengah Merbok, SMK Yan, SMK Syed Al Bukhary yang hadir pada hari tersebut.

Wakil-wakil sekolah
Mesyuarat di adakan bagi menyelesaikan tugas-tugas yang akan dilaksanakan dan dipertanggungjawabkan untuk menjadikan Majlis Pentauliahan ini berjalan dengan lancar. Sehubungan itu, semua Pegawai dan Jurulatih KRS / TKRS dan Pembantu Jurulatih akan hadir pada 28 Januari petang untuk membuat persiapan terakhir sebelum Majlis dijalankan.

Semoga perancangan kita ini berjalan dengan lancar dan mendapar Rahmat Daripada Allah SWT.

Pegawai Data TKRS Kedah
Mejar KRS Noorismail Hj Omar

19 January 2014

TAHNIAH.................

Assallammualaikum............

Hari ini nak ucap tahniah kepada beberapa orang Pegawai KRS / TKRS Kedah yang telah dinaikan pangkat. Pihak Sekretariat mengucapkan tahniah dan semoga komitmen yang diberikan tuan / puan dapat diteruskan walaupun telah dinaikan pangkat. Tahniah.

Kapten KRS Mohd Sayuty Awang......Penolong PPD Pengurusan Sekolah PPD Kulim Bandar Baru
Mejar KRS Shukhairi Adnan...........Penolong Kanan Kokurikulum SK Bukit Tinggi
Mejar KRS Amir Bin Md Rejab..........Penolong Kanan Pentadbiran SMK Sg Tiang
Mejar KRS Dzhohiruddin Abd Rahim....Penolong Kanan Pentadbiran SK Kg Sadek
Mejar Md Zaib Bin Taib...........Penolong Kanan Hem SM Agama Al-Dinniah Al Islamiah
Mejar Shabri Bin Md Ludin...Penolong Kanan Pentadbiran SMK Aman Jaya
Mejar KRS Zaidi Bin Ibrahim....Penolong Kanan Kokurikulum SK Kubur Panjang.

Tahniah kepada Pegawai yang berjaya. Semoga Tuan / Puan dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan sempurna. Kepada rakan-rakan KRS yang dinaikkan pangkat dan tidak disebutkan disini..pihak Sekretariat mengucapkan Tahniah kepada anda semua.

Pegawai Data TKRS Kedah
Mejar KRS Noorismail Hj Omar Al-Kuszani

18 January 2014

MESYUARAT SEKRETARIAT KALI KE-2 2014

MESYUARAT SEKRETARIAT KRS / TKRS KALI KE-2 2014

Assallammualaikum dan Salam 1 Malaysia....

Pada 16 Januari yang lalu diadakan Mesyuarat Sekretariat KRS / TKRS Kali ke-2 di Bilik Mesyuarat Wisma Persekutuan Negeri Kedah di tingkat 6 bersama dengan Penyelia Kanan Kokurikulum En. Anuar Zamane Bin Mat Zen. Semua Pegawai Sekretariat KRS dan TKRS Negeri hadir mesyuarat ini. 

Mesyuarat kali ke-2 ini membincangkan secara khusus Majlis Pentauliahan Pengetua / PPD dan Pegawai JPN yang dijangka akan di adakan pada 29 Januari di Pusat Kokurikulum JPN Kedah di Kem Singkir. Majlis yang penuh adat istiadat KRS ini akan dijayakan dengan bantuan Sekretariat KRS dan TKRS Negeri Kedah dan dibantu bersama Pegawai Pusat Ko Negeri Kedah.

Mesyuarat seterusnya akan diadakan pada 22 Januari 2014 di Pusat Ko Negeri sebelum Persiapan awal Majlis ini yang dijangka akan diadakan pada 28 Januari 2104. Semoga Program ini akan menjadi kenyataan. Terima Kasih.

Pegawai Data TKRS Negeri Kedah
Mejar KRS Noorismail Hj Omar








07 January 2014

PERKHEMAHAN ASAS DAN PEMAKAIAN PANGKAT KOPRAL KRS / TKRS


JIKA GURU-GURU BERMINAT BOLEH BERHUBUNG DENGAN 
PEGAWAI TADBIR KRS NEGERI KEDAH
MEJAR AMRIMI BIN OTHMAN (012-4749459)