INFO TERKINI : AL FATIHAH UNTUK ARUAH FAIZUL NAIM BIN HARUN DAN UCAPAN TAKZIAH UNTUK KELUARGA BELIAU, SEMOGA ARUAH DAN KITA SEMUA BEROLEH KERAHMATAN DARI ALLAH SWT. KURSUS KENAIKAN PANGKAT SETAF SARJAN SIRI 2 PUTERI PERINGKAT NEGERI KEDAH AKAN DI ADAKAN PADA 28 FEBRUARI HINGGA 2 MAC 2014 DI PUSAT LATIHAN KRS KEM NUR HIJRAH. SARJAN-SARJAN KRS PUTERI ANDA ADA KEBERANIAN, JOM P UJIAN KENAIKAN PANGKAT SETAF SARJAN.

SIAPAKAH PEGAWAI TADBIR PILIHAN ANDA

Siapakah Bakal Calon Pegawai Tadbir TKRS Kedah 2014
Kapten KRS Fairul Wazib Bin Abd Wahab0%
Mejar KRS Dzohirudin Bin Abd Rahim0%
Mejar KRS Noorismail Hj Omar Al-Kuszani0%
Mejar KRS Zaidi Bin Ibrahim0%
Kapten KRS Siti Mazenah 0%
Mejar KRS Fauzi Awang Lipah0%

25 January 2014

MESYUARAT PENTAULIAHAN PENGETUA KALI KE-2 2014

Assallammualaikum dan Salam Sejahtera...
En. Anuar Zamane sedang memberi Taklimat

Kapten KRS Roslan, Mejar Shukhairi Adnan dan Mejar Amrimi tekun mendengar penerangan

Mesyuarat Sekretariat KRS / TKRS berkenaan Majlis Pentauliahan Pengetua / Pegawai JPN / PPD yang akan di adakan pada 29 Januari 2014 telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Mesyuarat Pusat Kokurikulum, Kem Singkir JPN Kedah.

Pegawai Data dan Ketua Jurulatih TKRS Kedah
Mesyuarat dihadiri Pegawai Sekretariat KRS / TKRS Kedah yang turut serta bersama ialah En. Anuar Zamane Bin Mat Zen (Penyelian Kanan Kokurikulum JPN kedah), En. Azman (Pegawai Pusat Ko kem Singkir), wakil dari Sekolah Menengah Merbok, SMK Yan, SMK Syed Al Bukhary yang hadir pada hari tersebut.

Wakil-wakil sekolah
Mesyuarat di adakan bagi menyelesaikan tugas-tugas yang akan dilaksanakan dan dipertanggungjawabkan untuk menjadikan Majlis Pentauliahan ini berjalan dengan lancar. Sehubungan itu, semua Pegawai dan Jurulatih KRS / TKRS dan Pembantu Jurulatih akan hadir pada 28 Januari petang untuk membuat persiapan terakhir sebelum Majlis dijalankan.

Semoga perancangan kita ini berjalan dengan lancar dan mendapar Rahmat Daripada Allah SWT.

Pegawai Data TKRS Kedah
Mejar KRS Noorismail Hj Omar

No comments: