INFO TERKINI : AL FATIHAH UNTUK ARUAH FAIZUL NAIM BIN HARUN DAN UCAPAN TAKZIAH UNTUK KELUARGA BELIAU, SEMOGA ARUAH DAN KITA SEMUA BEROLEH KERAHMATAN DARI ALLAH SWT. KURSUS KENAIKAN PANGKAT SETAF SARJAN SIRI 2 PUTERI PERINGKAT NEGERI KEDAH AKAN DI ADAKAN PADA 28 FEBRUARI HINGGA 2 MAC 2014 DI PUSAT LATIHAN KRS KEM NUR HIJRAH. SARJAN-SARJAN KRS PUTERI ANDA ADA KEBERANIAN, JOM P UJIAN KENAIKAN PANGKAT SETAF SARJAN.

SIAPAKAH PEGAWAI TADBIR PILIHAN ANDA

Siapakah Bakal Calon Pegawai Tadbir TKRS Kedah 2014
Kapten KRS Fairul Wazib Bin Abd Wahab0%
Mejar KRS Dzohirudin Bin Abd Rahim0%
Mejar KRS Noorismail Hj Omar Al-Kuszani0%
Mejar KRS Zaidi Bin Ibrahim0%
Kapten KRS Siti Mazenah 0%
Mejar KRS Fauzi Awang Lipah0%

28 July 2009

Ekspedisi Berakit Dan Menggua Hampir Nyata

Alhamdulillah... Syukur kehadrat Allah kerana segala perancangan selama ini hampir menjadi kenyataan berkat usaha rakan-rakan yang banyak membantu terutamanya Tuan Ahmad Mad Noor dari SM Sains Sultan Mohd Jiwa, Tuan Pengetua SMK Muadzam Shah, Puan Fauziah PK KOKO SMK Muadzam Shah, Tuan Harizan Penolong Pegawai Pelajaran PPD Kota Setar, rakan-rakan KRS, rakan-rakan guru dari SMK Muadzam Shah Majedie, Zahrol, Bang Mut, PW 1 Adam serta ramai lagi yang banyak membantu. Terima kasih juga kepada pihak yang akan turut sama membantu iaitu PDRM, Hospital Baling, JPAM, Pusat Kokurikulum, JKK Kampung Haji Abas dan ramai lagi. Ekspedisi akan dilaksanakan pada 30 Julai hingga 02 Ogos 2009. Perancangan asal hanya melibatkan antara SMK Muadzam Shah dan SM Sains Sultan Mohd Jiwa telah menjadi program besar yang melibatkan dua PPD iaitu PPD Kota Setar dan PPD Kuala Muda Yan. Kerjasama antara dua PPD telah menyebabkan program ini menjadi besar dan melibatkan seramai 174 peserta dan pegawai. Bilangan rakit dianggarkan sebanyak 28 buah rakit. Program ini menjadi bonus kepada peserta yang terlibat yang terdiri dari anggota KRS dan pegawai KRS untuk tahun 2009 ini. Walau bagaimanapun saya rasa terkilan kerana tidak dapat menjadikan aktiviti ini sebagai aktiviti negeri. Jika ia menjadi program negeri maka ramailah anggota dan pegawai KRS dari daerah lain seluruh negeri Kedah dapat turut serta.
Harapan saya kepada semua anggota dan pegawai yang terlibat dapat bersedia dari segi mental dan fizikal. Maklumlah... 4 hari 3 malam bukanlah satu jangka masa yang singkat untuk kita hadapinya. Bawa pakaian dan peralatan yang sesuai agar dapat membantu anda sepanjang ekspedisi.
Insyaallah.. Saya akan memberikan laporan kepada semua pelayar blog KRS Kedah selepas ini.
Posted by amr

14 July 2009

Kursus Lanjutan Pegawai Waran KRS Malaysia Peringkat Kebangsaan Tahun 2009

Adalah dimaklumkan bahawa berdasarkan Mesyuarat Pegawai Tadbir KRS Malaysia Peringkat Kebangsaan Tahun 2009 yang telah diadakan pada 07 hingga 08 Julai di Hotel Seri Malaysia, Johor Baharu. Tuan Md Shah telah menetapkan Kursus Lanjutan Pegawai Waran KRS Malaysia Peringkat Kebangsaan Tahun 2009 akan diadakan selepas hari raya aidil fitri 07 hingga 12 Ogos 2009 bertempat di kaki Gunung Ledang, Johor. Aktiviti dan ujian yang akan dijalankan lebih kepada memberi pendedahan kepada bakal Pegawai Waran untuk mentadbir dan mengurus sesuatu program. Antara aktiviti yang agak menarik ialah mendaki Gunung Ledang dan peserta yang berjaya sampai ke puncak dan turun semula akan diberikan sijil oleh pihak penganjur. Di sini saya ingin menasihatkan kepada Pegawai Waran KRS Malaysia Negeri Kedah agar bersedia dari segi mental dan fizikal jika dipanggil untuk Kursus Pegawai Waran KRS Peringkat Negeri.
Post by Amr,PLKRS

03 July 2009

XPDC BERAKIT

Mesej Tuan Amrimi tentang XPDC berakit yang dipetik dari Web Message::-

amr: makluman awal kpd j/latih yg berminat utk myertai xpdc berakit dr baling ke kuala ketil. xpdc tsb akan diadakan pd 28 julai hingga 02 ogos 2009.
2009-07-02 14:50:49 GMT+0

amr: sila comfirm penyertaan anda melalui web msj ini sebelum 10 Julai 2009
2009-07-02 14:53:04 GMT+0

amr: satu mesyuarat serta tinjauan gua akan diadakan dilokasi pada jumaat depan. sesiapa yg berminat call amrimi segera.

JURULATIH YANG BERMINAT SILA HUBUNGI TUAN AMRIMI.