INFO TERKINI : AL FATIHAH UNTUK ARUAH FAIZUL NAIM BIN HARUN DAN UCAPAN TAKZIAH UNTUK KELUARGA BELIAU, SEMOGA ARUAH DAN KITA SEMUA BEROLEH KERAHMATAN DARI ALLAH SWT. KURSUS KENAIKAN PANGKAT SETAF SARJAN SIRI 2 PUTERI PERINGKAT NEGERI KEDAH AKAN DI ADAKAN PADA 28 FEBRUARI HINGGA 2 MAC 2014 DI PUSAT LATIHAN KRS KEM NUR HIJRAH. SARJAN-SARJAN KRS PUTERI ANDA ADA KEBERANIAN, JOM P UJIAN KENAIKAN PANGKAT SETAF SARJAN.

SIAPAKAH PEGAWAI TADBIR PILIHAN ANDA

Siapakah Bakal Calon Pegawai Tadbir TKRS Kedah 2014
Kapten KRS Fairul Wazib Bin Abd Wahab0%
Mejar KRS Dzohirudin Bin Abd Rahim0%
Mejar KRS Noorismail Hj Omar Al-Kuszani0%
Mejar KRS Zaidi Bin Ibrahim0%
Kapten KRS Siti Mazenah 0%
Mejar KRS Fauzi Awang Lipah0%

22 April 2013

TAHNIAH KONTINJEN TKRS KEDAH .......

TAHNIAH KONTINJEN TKRS KEDAH KE PAHANG....

Assalammualaikum WBT.....Salam Sejahtera...

Tahniah diucapkan kepada kontinjen kedah ke Pahang yang berjaya mengharumkan nama Negeri Kedah. Pasukan TKRS Negeri Kedah berjaya mendapat Naib Johan Keseluruhan Pertandingan antara semua kontinjen. Saya sebagai Ketua Kontinjen melahirkan ras syukur yang tidak terhingga. walaupun persiapan yang dilakukan agak goyah, namun semangat juang para peserta sememangnya tinggi. Disaat akhir terdapat peserta yang menarik diri. Ini sememangnya satu cabaran dan kami berjaya mengharunginya. Saya ditemani bersama Kapt (KRS) Sayuty Awang, Kapt Shukhairi Adnan, Lt (KRS) Norizah Yaakub dan Lt Muda (KRS) Nurul Shakinah Mehat. Team yang bersama saya kali ini sememangnya hebat. Allah dah atur setiap perjalanan itu dengan cantik sekali. Terima kasih pada Abg Shukri dan Abg Zahari pemandu bas SMK Agama Baling sememangnya baik dan menjadi pendorong kepada kejayaan anak-anak kita.

Sekalung Tahniah kepada Jabatan Pelajaran Negeri Kedah khususnya Unit Kokurikulum iaitu En. Lazit sebagai ketua Unit dan En. Anuar Zamanee sebagai Penyelia Kokurikulum yang banyak memberi bantuan dan sokongan. Tanpa anda perjalanan kontinjen kedah mungkin terbatas. Terima Kasih Tuan.

Sekalung Tahniah kepada Pegawai Tadbir Mejar Amrimi dan barisan sekretiarat yang banyak membantu terutamanya rakan-rakan dilatihan pusat seperti Mejar Zaidi, Mejar Amir, Tuan Md Noor Pantai Prai, Pn. Hashimah yang tunggu hingga kami naik bas, kepada semua rakan yang tidak dinyatakan namanya saya tahu tuan-tuanlah pendokong dan pemberi semangat yang utama. Semangat dan kerjasama yang ditunjukkan oleh semua team Kedah sememangnya tidak mampu ditandingi negeri lain. Tahniah Sahabat Semua.

Kepada semua Kontinjen Kedah, anda adalah yang terbaik pernah saya bawa. walaupun letih, tetapi disiplin dan semangat yang ditunjukkan sememangnya mencemburukan kontinjen lain. Team Kedah siap dengan Buletin, Gajet dan sebagainya. Kita jadikan kem seindah yang boleh. Sebagai Ketua Kontinjen sememangnya tak percaya anda semua mampu berbuat sedemikian. Tahniah..Ingat kata-kata saya..Kita ni Buat Kerja Saja...Allah Jua Yang Menentukan..tahniah. Semoga Tahun depan Team yang akan pergi Ke Labuan akan mencipta kejayaan yang lebih hebat daripada tahun ini. Alhamdulillah.

Mejar (KRS) Noorismail Hj Omar
Ketua Kontinjen TKRS Kedah
Pegawai Data TKRS Kedah