INFO TERKINI : AL FATIHAH UNTUK ARUAH FAIZUL NAIM BIN HARUN DAN UCAPAN TAKZIAH UNTUK KELUARGA BELIAU, SEMOGA ARUAH DAN KITA SEMUA BEROLEH KERAHMATAN DARI ALLAH SWT. KURSUS KENAIKAN PANGKAT SETAF SARJAN SIRI 2 PUTERI PERINGKAT NEGERI KEDAH AKAN DI ADAKAN PADA 28 FEBRUARI HINGGA 2 MAC 2014 DI PUSAT LATIHAN KRS KEM NUR HIJRAH. SARJAN-SARJAN KRS PUTERI ANDA ADA KEBERANIAN, JOM P UJIAN KENAIKAN PANGKAT SETAF SARJAN.

SIAPAKAH PEGAWAI TADBIR PILIHAN ANDA

Siapakah Bakal Calon Pegawai Tadbir TKRS Kedah 2014
Kapten KRS Fairul Wazib Bin Abd Wahab0%
Mejar KRS Dzohirudin Bin Abd Rahim0%
Mejar KRS Noorismail Hj Omar Al-Kuszani0%
Mejar KRS Zaidi Bin Ibrahim0%
Kapten KRS Siti Mazenah 0%
Mejar KRS Fauzi Awang Lipah0%

17 September 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri



Kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya , Maaf Zahir dan Batin kepada semua jurulatih dan anggota KRS Kedah serta pengunjung blog ini. Secara peribadinya, saya memohon ampun dan maaf jika sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Pegawai Tadbir KRS Malaysia Negeri Kedah samada secara sedar atau tidak telah menguris perasaan sesiapa sahaja.

07 September 2009

Ke mana hala tuju kita

Salam Ramadhan buat warga KRS Kedah

Sempena Ramadhan yang mulia ini marilah kita bersama-sama bermuhasabah diri menilai diri sendiri tentang apa yang telah kita lakukan dan apa yang kita rancangkan untuk hari esok. Apa yang akan saya nukilkan disini mungkin pahit untuk diterima oleh segelintir insan yang diberi nama manusia. Saya mengaku, saya juga bukanlah yang terbaik untuk membincangkan masalah ini namun saya juga tidak boleh melihat di depan mata KRS Kedah saban hari kian suram dan akhirnya merugikan diri kita sendiri. Satu masa dahulu KRS Kedah sangat terkenal di Malaysia. Setiap pertandingan dan perkhemahan yang kita sertai pasti kita tergolong diantara yang terbaik dan tidak keterlaluan jika saya katakan banyak pertandingan kita muncul sebagai johan. Tetapi kini apa yang berlaku adalah sebaliknya. Tidak perlu saya jelaskan dengan panjang lebar disini, anda sendiri boleh menilai sendiri. Kekecewaan saya sudah tidak dapat tertahan lagi dengan apa yang berlaku seolah-olah KRS Kedah sedang dilanda virus H1N1 yang kita sendiri tidak dapat mengenalpasti apakah penyakit ini mempunyai penawarnya. Jika adapun mungkin lambat dan memakan masa yang lama. Perlu diingatkan bahawa semakin lama penyakit ini tidak mempunyai penawar maka semakin parahlah kita menyaksikan kemusnahan di depan mata.
Sebenarnya KRS Kedah mempunyai aset yang amat bernilai. Kita mempunyai barisan jurulatih yang terlatih dan sedia bertugas tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Malah ada dikalangan jurulatih kita yang terpinggir disekolah semata-mata bertugas sebagai jurulatih.Apapun ini bukanlah persoalan pokok. Selagi kita bergelar sebagai seorang guru, tugas kita adalah mendidik. Usaha murni ini tidak akan terhenti selagi jasad kita bernyawa. Ini sumpah keramat kita sebagai seorang guru!!!
Bagaimana mungkin kita dapat bergerak sebagai satu organisasi sedangkan untuk mengadakan mesyuarat krs pun kita tak mampu buat? Sejak 2007 kita tidak pernah mengadakan mesyuarat krs negeri.Kalau adapun hanya melibatkan segolongan jurulatih itu pun jika ada program kebangsaan di mana kita menjadi tuan rumah. Atas rasa tanggungjawab, sekretariat krs kedah terpaksa mengada mesyuarat secara tidak formal atas inisiatif sendiri di kedai-kedai kopi. (Mungkin ramai jurulatih yang tidak tahu).
Untuk tahun 2009 ini, kita hanya dapat melaksanakan 4 program negeri sahaja, sedangkan sebelum ini kita melaksanakan hampir 10 aktiviti setiap tahun. Sedangkan sekretariat telah merancang pelbagai aktiviti untuk tahun 2009 ini. Antaranya :
1. Kursus Kenaikan Pangkat Setaf Sarjan Zon Utara Putera Peringkat Negeri Kedah Tahun 2009 (Status: dilaksanakan)
2. Kursus Kenaikan Pangkat Setaf Sarjan Zon Utara Puteri Peringkat Negeri Kedah Tahun 2009 (Status: dilaksanakan)
3. Kursus Kenaikan Pangkat Setaf Sarjan Zon Selatan Putera Peringkat Negeri Kedah Tahun 2009 (Status: dilaksanakan)
4. Kursus Kenaikan Pangkat Setaf Sarjan Zon Selatan Puteri Peringkat Negeri Kedah Tahun 2009 (Status: dilaksanakan)
5. Kursus Kenaikan Pangkat Sarjan TKRS Putera Peringkat Negeri Kedah. (Status : Belum dilaksanakan)
6. Kursus Kenaikan Pangkat Sarjan TKRS Puteri Peringkat Negeri Kedah. (Status : Belum dilaksanakan)
7. Kursus Kenaikan Pangkat Pegawai Waran KRS Peringkat Negeri Kedah. (Status : Belum dilaksanakan)
8. Kursus Asas Kejurulatihan KRS Peringkat Negeri Kedah.(Status : Belum dilaksanakan.
9. Pentauliahan Pangkat kepada Pengetua dan Guru Besar Peringkat Negeri Kedah (Status : Belum dilaksanakan
10. Kursus Lanjutan Pegawai Latih KRS Peringkat Negeri Kedah. (Status : Belum dilaksanakan)
11. Karnival KRS Negeri Kedah (Status: Belum dilaksanakan)
12. Mesyuarat Sekretariat KRS Negeri 4 kali setahun (Status : Belum dilaksanakan)

Dimana silapnya kita?

01 September 2009

بولن رمضان بولن مليا


اسلام عليكم
سمفنا بولن رمضان فيحق كيه, ار, ايس, قدح اوجفكن سلامت كفد سموا جورولاتيه دان فلاجر دسلوروه قدح برعبادتله سفنوه هاتي دان امبيلله بركة بولن رمضان سفنوهث سوفايا كيت هيدوف ددالم كبركتن سلالو - سكيان سكرن دان تريما كاسيه