INFO TERKINI : AL FATIHAH UNTUK ARUAH FAIZUL NAIM BIN HARUN DAN UCAPAN TAKZIAH UNTUK KELUARGA BELIAU, SEMOGA ARUAH DAN KITA SEMUA BEROLEH KERAHMATAN DARI ALLAH SWT. KURSUS KENAIKAN PANGKAT SETAF SARJAN SIRI 2 PUTERI PERINGKAT NEGERI KEDAH AKAN DI ADAKAN PADA 28 FEBRUARI HINGGA 2 MAC 2014 DI PUSAT LATIHAN KRS KEM NUR HIJRAH. SARJAN-SARJAN KRS PUTERI ANDA ADA KEBERANIAN, JOM P UJIAN KENAIKAN PANGKAT SETAF SARJAN.

SIAPAKAH PEGAWAI TADBIR PILIHAN ANDA

Siapakah Bakal Calon Pegawai Tadbir TKRS Kedah 2014
Kapten KRS Fairul Wazib Bin Abd Wahab0%
Mejar KRS Dzohirudin Bin Abd Rahim0%
Mejar KRS Noorismail Hj Omar Al-Kuszani0%
Mejar KRS Zaidi Bin Ibrahim0%
Kapten KRS Siti Mazenah 0%
Mejar KRS Fauzi Awang Lipah0%

25 January 2014

MESYUARAT PENTAULIAHAN PENGETUA KALI KE-2 2014

Assallammualaikum dan Salam Sejahtera...
En. Anuar Zamane sedang memberi Taklimat

Kapten KRS Roslan, Mejar Shukhairi Adnan dan Mejar Amrimi tekun mendengar penerangan

Mesyuarat Sekretariat KRS / TKRS berkenaan Majlis Pentauliahan Pengetua / Pegawai JPN / PPD yang akan di adakan pada 29 Januari 2014 telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Mesyuarat Pusat Kokurikulum, Kem Singkir JPN Kedah.

Pegawai Data dan Ketua Jurulatih TKRS Kedah
Mesyuarat dihadiri Pegawai Sekretariat KRS / TKRS Kedah yang turut serta bersama ialah En. Anuar Zamane Bin Mat Zen (Penyelian Kanan Kokurikulum JPN kedah), En. Azman (Pegawai Pusat Ko kem Singkir), wakil dari Sekolah Menengah Merbok, SMK Yan, SMK Syed Al Bukhary yang hadir pada hari tersebut.

Wakil-wakil sekolah
Mesyuarat di adakan bagi menyelesaikan tugas-tugas yang akan dilaksanakan dan dipertanggungjawabkan untuk menjadikan Majlis Pentauliahan ini berjalan dengan lancar. Sehubungan itu, semua Pegawai dan Jurulatih KRS / TKRS dan Pembantu Jurulatih akan hadir pada 28 Januari petang untuk membuat persiapan terakhir sebelum Majlis dijalankan.

Semoga perancangan kita ini berjalan dengan lancar dan mendapar Rahmat Daripada Allah SWT.

Pegawai Data TKRS Kedah
Mejar KRS Noorismail Hj Omar

19 January 2014

TAHNIAH.................

Assallammualaikum............

Hari ini nak ucap tahniah kepada beberapa orang Pegawai KRS / TKRS Kedah yang telah dinaikan pangkat. Pihak Sekretariat mengucapkan tahniah dan semoga komitmen yang diberikan tuan / puan dapat diteruskan walaupun telah dinaikan pangkat. Tahniah.

Kapten KRS Mohd Sayuty Awang......Penolong PPD Pengurusan Sekolah PPD Kulim Bandar Baru
Mejar KRS Shukhairi Adnan...........Penolong Kanan Kokurikulum SK Bukit Tinggi
Mejar KRS Amir Bin Md Rejab..........Penolong Kanan Pentadbiran SMK Sg Tiang
Mejar KRS Dzhohiruddin Abd Rahim....Penolong Kanan Pentadbiran SK Kg Sadek
Mejar Md Zaib Bin Taib...........Penolong Kanan Hem SM Agama Al-Dinniah Al Islamiah
Mejar Shabri Bin Md Ludin...Penolong Kanan Pentadbiran SMK Aman Jaya
Mejar KRS Zaidi Bin Ibrahim....Penolong Kanan Kokurikulum SK Kubur Panjang.

Tahniah kepada Pegawai yang berjaya. Semoga Tuan / Puan dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan sempurna. Kepada rakan-rakan KRS yang dinaikkan pangkat dan tidak disebutkan disini..pihak Sekretariat mengucapkan Tahniah kepada anda semua.

Pegawai Data TKRS Kedah
Mejar KRS Noorismail Hj Omar Al-Kuszani

18 January 2014

MESYUARAT SEKRETARIAT KALI KE-2 2014

MESYUARAT SEKRETARIAT KRS / TKRS KALI KE-2 2014

Assallammualaikum dan Salam 1 Malaysia....

Pada 16 Januari yang lalu diadakan Mesyuarat Sekretariat KRS / TKRS Kali ke-2 di Bilik Mesyuarat Wisma Persekutuan Negeri Kedah di tingkat 6 bersama dengan Penyelia Kanan Kokurikulum En. Anuar Zamane Bin Mat Zen. Semua Pegawai Sekretariat KRS dan TKRS Negeri hadir mesyuarat ini. 

Mesyuarat kali ke-2 ini membincangkan secara khusus Majlis Pentauliahan Pengetua / PPD dan Pegawai JPN yang dijangka akan di adakan pada 29 Januari di Pusat Kokurikulum JPN Kedah di Kem Singkir. Majlis yang penuh adat istiadat KRS ini akan dijayakan dengan bantuan Sekretariat KRS dan TKRS Negeri Kedah dan dibantu bersama Pegawai Pusat Ko Negeri Kedah.

Mesyuarat seterusnya akan diadakan pada 22 Januari 2014 di Pusat Ko Negeri sebelum Persiapan awal Majlis ini yang dijangka akan diadakan pada 28 Januari 2104. Semoga Program ini akan menjadi kenyataan. Terima Kasih.

Pegawai Data TKRS Negeri Kedah
Mejar KRS Noorismail Hj Omar








07 January 2014

PERKHEMAHAN ASAS DAN PEMAKAIAN PANGKAT KOPRAL KRS / TKRS


JIKA GURU-GURU BERMINAT BOLEH BERHUBUNG DENGAN 
PEGAWAI TADBIR KRS NEGERI KEDAH
MEJAR AMRIMI BIN OTHMAN (012-4749459)
MESYUARAT SEKRETARIAT KRS / TKRS KALI-1 PERINGKAT NEGERI KEDAH 2014




Assallammualaikum WTB dan Salam Sejahtera...

Pada 6 Januari 2014 (Isnin), telah diadakan Mesyuarat Sekretariat KRS / TKRS Kali-1 2014 bertempat di Bilik Mesyuarat Wisma Persekutuan Tingkat 6. Mesyuarat ini di Pengerusi oleh En. Anuar Zamane iaitu Penyelia Kanan Kokurikulum JPN Kedah.Turut sama hadir ialah Mejar Amrimi Othman, Mejar Zaib Md Taib, Mejar Zaidi, Kapten Shukhairi, Mejar Fauzi, Kapten Roslan, Mejar Shafril, Mejar Dzohirudin, Mejar Patimah, Kapten Siti Maznah, Kapten Fairul Wazib dan Mejar Noorismail.

Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan dan menetapkan Takwin bagi perjalanan program pada tahun 2014. Di bawah ini disenaraikan antara Program yang dijangka akan dijalankan pada Tahun ini.

PERANCANGAN AKTIVITI KRS / TKRS 2014
1.      Mesyuarat Pertama Sekretariat KRS / TKRS 2014  ( 6 Januari 2014)
2.      Pentauliahan Pengetua Peringkat Negeri Kedah (29 Jan 2014)
3.      Perkhemahan Asas dan Pemakaian Pangkat Lans Koperal / Kopral (30/31 Jan dan 1 Feb 2014)
4.      Kursus Asas Jurulatih KRS / TKRS Peringkat Negeri Kedah 2014
(23 – 26 Jan 2014)
5.      Kursus  Kenaikan Pangkat Setaf Sarjan Siri 1 putera Peringkat Negeri Kedah 2014 ( 6 – 9 Februari 2014)
6.      Kursus Kenaikan Pangkat Setaf Sarjan Siri 2 Puteri Peringkat Negeri Kedah 2014 (27 & 28 Februari dan 1-2 Mac 2014)
7.      Mesyuarat Kedua Sekretiarat KRS / TKRS 2014 (10 Mac 2014)
8.      Kursus Kenaikan Pangkat Sarjan Siri 1Putera TKRS Peringkat Negeri Kedah 2014 (3 – 6 April 2014)
9.      Kursus Kenaikan Pangkat Sarjan Siri 2 Puteri TKRS Peringkat Negeri Kedah 2014 (24 – 27 April 2014)
10. Mesyuarat Kedua Sekretiarat KRS / TKRS 2014 (5 Mei 2014)
11. Kursus Kenaikan Pangkat Waran Siri 1 & 2 Peringkat Negeri Kedah 2014
(22-25 Mei 2014)
12.  Perkhemahan perdana KRS Peringkat Negeri Kedah 2014 (19-22 Jun 2014)
13.  Mesyuarat Keempat Sekretariat KRS / TKRS 2014 (14 Julai 2014)
14.  Cadangan Kursus Kenaikan Pangkat kopral KRS Putera (7-10 Ogos 2014)
15. Cadangan Kursus Kenaikan Pangkat kopral KRS Puteri (28-30 Ogos 2014)
16. Cadangan Kursus Kenaikan Pangkat kopral TKRS Negeri (4-6 September 2014)
17. Cadangan Kursus Kenaikan Pangkat kopral TKRS Negeri (25-27 September 2014)
18. Perkhemahan Perdana Tunas KRS Peringkat Negeri 2014 (16-19 Okt 2014)
19. Mesyuarat Kelima Sekretariat KRS / TKRS 2014 (27 Okt  2014)

20.  Kursus Peningkatan Profesionalisme Kejurulatihan KRS / TKRS Peringkat Negeri Kedah (22 – 25 Nov 2014) 




05 January 2014

MESYUARAT KALI-1 SEKRETARIAT KRS / TKRS 2014

Assallammualaikum WTB dan Salam Sejahtera...

Selamat Tahu Baru kepada semua rakan-rakan seperjuangan di dalam KRS / TKRS Negeri Kedah Darul Aman. Dimaklumkan akan di adakan Mesyuarat Sekretariat dan Peg. Tadbir Krs / Tkrs Daerah seperti butiran berikut :

      Tarikh   : 6 Januari 2014
      Tempat  : Bilik Mesyuarat Tingkat 6, Wisma Persekutuan , Jln Kampung Baru, Alor Setar
                    Kedah Darul Aman
      Masa     : 2.30 Petang

      Agenda Mesyuarat : 
               a) Perutusan Pengerusi
               b) Data KRS dan TKLRS Negeri Kedah
                     - Data Anggota KRS
                     - Data Anggota TKRS
                     - Data Pentauliahan Pegawai PPD
                     - Data Pentauliahan Pengetua dan Guru Besar
                     - Data Jurulatih Negeri
                     - Data Jurulatih Daerah
               c) Laporan aktiviti krs / tkrs Daerah bagi Tahun 2013
               d) Post mortem Aktiviti KRS / TKRS peringkat Negeri Kedah Tahun 2013
               e)Program Pentauliahan Pegawai KRS / TKRS Negeri Kedah Tahun 2014
               f) Takwin Aktiviti Krs / Tkrs 2014
               g) Hal-hal Lain
               h) Ucapan Penangguhan