INFO TERKINI : AL FATIHAH UNTUK ARUAH FAIZUL NAIM BIN HARUN DAN UCAPAN TAKZIAH UNTUK KELUARGA BELIAU, SEMOGA ARUAH DAN KITA SEMUA BEROLEH KERAHMATAN DARI ALLAH SWT. KURSUS KENAIKAN PANGKAT SETAF SARJAN SIRI 2 PUTERI PERINGKAT NEGERI KEDAH AKAN DI ADAKAN PADA 28 FEBRUARI HINGGA 2 MAC 2014 DI PUSAT LATIHAN KRS KEM NUR HIJRAH. SARJAN-SARJAN KRS PUTERI ANDA ADA KEBERANIAN, JOM P UJIAN KENAIKAN PANGKAT SETAF SARJAN.

SIAPAKAH PEGAWAI TADBIR PILIHAN ANDA

Siapakah Bakal Calon Pegawai Tadbir TKRS Kedah 2014
Kapten KRS Fairul Wazib Bin Abd Wahab0%
Mejar KRS Dzohirudin Bin Abd Rahim0%
Mejar KRS Noorismail Hj Omar Al-Kuszani0%
Mejar KRS Zaidi Bin Ibrahim0%
Kapten KRS Siti Mazenah 0%
Mejar KRS Fauzi Awang Lipah0%

24 February 2014

TAKZIAH.................

Assallammualaikum...........

Takziah kepada keluarga Allahyarham Faizul Naim Bin Harun yang telah kembali ke Rahmatullah pada petang 22 Februari yang lalu kerana kemalangan jalan raya. Arwah merupakan salah seorang Pembantu Jurulatih KRS yang berpangkat Setaf Sarjan KRS. Tahun lepas Arwah mewakili Negeri Kedah ke Serawak dan berjaya mengharumkan Kontinjen Kedah.

Tamat belajar Arwah merupakah Pengerusi Alumni KRS Negeri Kedah. Mempunyai watak kepimpinan yang tinggi. Sepanjang mengenali Arwah beliau seorang yang tidak bercakap banyak, patuh pada arahan, dan yang paling penting beliau mempunyai sifat anak yang soleh...sebagai Hamba Allah aku Sayang padamu...

Kepada keluarga Arwah Faizul Naim. banyakkan bersabar..sesungguhnya Allah lebih menyayanginya..Semoga Rohnya di tempatkan ditempat orang yang Beriman dan Beramal soleh.

Kami warga KRS Kedah bangga melahirkan seorang Pemuda yang hebat seperti beliau...keringat dan sandiwaramu akan kami kenang selalu....

Pada 28 Februari 2014 ini akan diadakan Majlis Bacaan Yaasin Perdana di Pusat Latihan KRS Kem Nur Hijrah. Sehubungan itu, semua warga KRS yang mengenali Arwah marilah bersama ke Majlis Ini.

Marilah kita seluruh Warga KRS yang sejati menghadiahkan Bacaan Al-Fatihah kepadanya..semoga rohnya dicucuri Rahmat Illahi.....AL-FATIHAH

ALLAHYARHAM FAIZUL NAIM

Kau Sahabat Kau Teman 
Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami

Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti

Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu

Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia

Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu

Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana

Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati


16 February 2014

SETAF SARJAN KRS SIRI 1 (PUTERA)

Assallammualaikum......apa khabar warga KRS Kedah...

Saya berhenti menulis seketika....tak sempat nak habaq apa yang berlaku dalam Kursus Kenaikan Pangkat Setaf Sarjan KRS Putera yang telah berlalu pada 6 hingga 9 Februari yang lalu.


Sekalung Tahniah diucapkan kepada peserta yang berjaya mendapat Pangkat Setaf Sarjan KRS Malaysia. Seramai 19 orang peserta berjaya daripada 188 orang peserta yang hadir.  Kepada yang tidak berjaya, janganlah berkecil hati. teruskan usaha anda. Pangkat merupakan tanggungjawab yang perlu digalas dengan penuh amanah.


Bagi melahirkan Setaf Sarjan KRS yang berkualiti kita perlu memilih peserta yang benar-benar layak mendapatnya. Walaubagaimanapun, peserta yang hadir seramai 188 orang adalah yang terbaik. Namun begitu, terdapat beberapa orang peserta yang lemah semangat dan meninggalkan rakan-rakan dipertengahan jalan. terdapat 6 orang peserta yang tewas dan balik awal. Apapun pihak sekretariat mengucapkan tahniah kepada mereka kerana semangat untuk hadir kursus ini.



Terima kasih kepada Pihak Jabatan Pendidikan Negeri Kedah yang memberi sokongan yang jitu. tidak dilupakan kepada Sekretaraiat KRS / TKRS Negeri Kedah, Para Jurulatih, Pembantu Jurulatih, Pihak Kem Nur Hijrah yang telah memberi sumbangan dan bantuan tenaga dalam menjayakan Kursus ini.

UJIAN KAWAD DAN KEROHANIAN


Turut tidak dilupakan kepada Penolong Pengarah KRS Ko Akademik JPN Kedah, En. Mafeezul yang sudi hadir menyempurnakan Majlis Penutupan Kursus Kenaikan Pangkat Setaf Sarjan KRS Peringkat Negeri Kedah 2014.

UJIAN BERTULIS KENAIKAN PANGKAT

REKREASI DI PETANG HARI

MALAM KEBUDAYAAN

MENGHIJAUKAN BUMI TUHAN

MAJLIS PENUTUPAN KURSUS KENAIKAN PANGKAT SETAF SARJAN KRS NEGERI KEDAH 2014

Tahniah kepada yang berjaya......bertemu lagi di Kursus yang akan datang.

PEGAWAI DATA TKRS NEGERI KEDAH
MEJAR KRS NOORISMAIL HJ OMAR

10 February 2014

SEDIH DAN GEMBIRA.................

Assallamualaikum............

Sedih pun ada..gembira pun ada... apapun Tahniah kepada Pegawai Tadbir TKRS Kedah, Mejar Shukhairi Adnan telah dinaikkan pangkat sebagai Penyelia Kokurikulum PPD Kubang Pasu. Beliau Baru sahaja menjadi PK Kokurikulum di SK Bukit Tinggi. Namun begitu, rezeki beliau semakin luas.

Tahniah tuan daripada kami warga KRS Negeri Kedah. Tuan sememangnya layak berada di tempat tersebut. Kembalikan kegemilangan KRS / TKRS Kubang Pasu.

Segala tunjuk ajar dan persahabatan bersama warga KRS janganlah dilupakan. Sebagai penulis, kenangan bersama tuan di Perkhemahan Kebangsaan TKRS di Pahang terus menjadi kenangan bersama juga Tuan Sayuty yang kini Penolong PPD di PPD Kulim Bandar Baru.

ANDA BOLEH MEMBUAT PILIHAN SIAPAKAH BAKAL PEGAWAI TADBIR YANG BARU. 
SILA VOTE DI ATAS POST INI BLOG............

Pegawai Data TKRS Kedah
Mejar KRS Noorismail Hj Omar

Dulu Pegawai Tadbir TKRS Kedah

Kini Penyelia Kokurikulum PPD Kubang Pasu

Dulu Pegawai Data TKRS Kedah kini Penolong PPD

Tuan-tuan dalam kenangan.







03 February 2014

SENARAI JURULATIH YANG TERLIBAT DALAM KURSUS SETAF SARJAN KRS SIRI 1 (PUTERA) 2014

SENARAI BERIKUT MERUPAKAN JURULATIH YANG AKAN BERTUGAS PADA 6 - 9 FEBRUARI 2014 DALAM KURSUS KENAIKAN PANGKAT SETAF SARJAN KRS PERINGKAT NEGERI KEDAH 2014.

SEHUBUNGAN ITU, TUAN / PUAN DIMINTA MELAPOR ATAU MEMAKLUMKAN KEHADIRAN KEPADA MEJAR SHAFRIL HILMI DENGAN SEGERA. SURAT AKAN MENYUSUL KE SEKOLAH TUAN / PUAN. HARAP BERSEDIA. 



PERKHEMAHAN ASAS KOPRAL KRS / TKRS 2014

30 Januari hingga 2 Februari 2014

Perkhemahan Asas Kopral KRS / TKRS telah di adakan pada 30 Januari hingga 2 Februari 2014 yang lepas. Sebanyak 5 buah sekolah telah menghantar wakil dengan seramai 176 orang peserta. Perkhemahan ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SMK Muadzam Shah yang diadakan di Pusat Latihan KRS Kem Nur Hijrah Batu Hampar Yan. 

SMK Muadzam Shah menghantar seramai 120 orang peserta dengan 16 orang guru penasihat KRS. Manakala SMK Dulang juga menghantar wakil seramai 16 orang peserta dengan 6 guru penasihat yang diketuai Pegawai Data KRS kedah Kapten KRS Roslan Bin Khamis. SMK Pengkalan Lebai Man hadir dengan 7 orang peserta dan diketuai oleh Ustaz Hashim. 

Peserta sekolah rendah dihadiri SK Pinang Tunggal dengan 16 orang peserta dan 7 orang guru penasihat TKRS yang diketuai Mejar KRS Noorismail Hj Omar. Manakala SK Kubur Panjang hadir dengan 12 orang peserta dan 7 orang guru yang diketuai Pegawai Logistik Kedah dan PK Kokurikulum SK Kubor Panjang iaitu Mejar KRS Zaidi Bin Ibrahim.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti Kawad Kaki, orientaring, kecergasan dan memasak. Tahniah kepada Mejar KRS Amrimi yang mengadakan program seperti ini. Semoga usaha murni ini dan dengan sokongan sahabat-sahabat KRS, akan diadakan lagi perkhemahan seperti ini. Tahniah semua.........   


Majlis Suai Kenal, kelihatan Mejar Amrimi, Mej Zaidi dan guru pengiring sedang mendengar taklimat

Kawasan perkhemahan

Latihan Kawad

Aktiviti kawad

Aktiviti Ikatan

Jurulatih Kem sedang memberi tunjuk ajar

Para peserta lelaki bersiap sedia ke Masjid untuk Solat Jumaat

Kesiannya..habis kotor baju saya...hehe

Hai..sinsing tangan nak bertinju ke kak cik oiii....

Sedang memasang khemah

Raptai majlis penutup

Majlis penutup

Sedang menjamu selera

Mejar Ismail Masak nasi goreng