INFO TERKINI : AL FATIHAH UNTUK ARUAH FAIZUL NAIM BIN HARUN DAN UCAPAN TAKZIAH UNTUK KELUARGA BELIAU, SEMOGA ARUAH DAN KITA SEMUA BEROLEH KERAHMATAN DARI ALLAH SWT. KURSUS KENAIKAN PANGKAT SETAF SARJAN SIRI 2 PUTERI PERINGKAT NEGERI KEDAH AKAN DI ADAKAN PADA 28 FEBRUARI HINGGA 2 MAC 2014 DI PUSAT LATIHAN KRS KEM NUR HIJRAH. SARJAN-SARJAN KRS PUTERI ANDA ADA KEBERANIAN, JOM P UJIAN KENAIKAN PANGKAT SETAF SARJAN.

SIAPAKAH PEGAWAI TADBIR PILIHAN ANDA

Siapakah Bakal Calon Pegawai Tadbir TKRS Kedah 2014
Kapten KRS Fairul Wazib Bin Abd Wahab0%
Mejar KRS Dzohirudin Bin Abd Rahim0%
Mejar KRS Noorismail Hj Omar Al-Kuszani0%
Mejar KRS Zaidi Bin Ibrahim0%
Kapten KRS Siti Mazenah 0%
Mejar KRS Fauzi Awang Lipah0%

03 February 2014

MAJLIS PENTAULIAHAN PEGAWAI KADET REMAJA SEKOLAH MALAYSIA PERINGKAT NEGERI KEDAH 2014

MAJLIS PENTAULIAHAN PEGAWAI KADET REMAJA SEKOLAH MALAYSIA PERINGKAT NEGERI KEDAH 2014

Assallammualaikum dan Salam Sejahtera......

29 Januari 2014...Maka berlangsunglah Majlis yang ditunggu oleh semua pihak. Setelah segala persiapan dan mesyuarat di adakan, pada hari ini dimulai dengan Pendaftaran para peserta Majlis Pentauliahan yang terdiri daripada Ketua-ketua Sektor JPN Kedah diikuti Pegawai PPD setiap daerah dan para pengetua seluruh negeri Kedah hadir bagi menerima Sijil Pentauliahan Pegawai Kadet Remaja Sekolah Malaysia yang akan disampaikan sendiri oleh Dato' Mansor Bin Lat iaitu Pengarah KRS Negeri Kedah. 


Para peserta telah di taklimat oleh Mejar KRS Amrimi sebelum majlis sebenar akan bermula. latihan bagi melicinkan majlis telah diadakan dan para peserta telah memberi kerjasama yang baik.   Bagi pengetua yang masih belum melengkapkan pakaian no 2 ini, Mejar Zaib telah membuat persediaan awal dengan membuka kaunter jualan aksesori bagi baju ini.

Majlis sebenar bermula jam 11.00 pagi dengan di dahului ketibaan Timbalan Pengarah KRS Kedah iaitu Tn. Hj Roslee Bin Hj Ismail yang melakukan tabik hormat kepada semua peserta.


Seterusnya, ketibaan Pengarah KRS Negeri Kedah iaitu Dato' Mansor Bin Lat yang diiringi Mejar KRS Amrimi Bin Othman tiba dan melakukan tabik hormat serta terus melakukan kawalan kehormat perbarisan.   
Setelah selesai kawalan hormat, para peserta Majlis Pentauliahan telah masuk ke dewan bagi meneruskan Majlis Pentauliahan Pegawai KRS Kedah.

Gambar bersama Pengarah KRS Negeri Kedah (Dato' Mansor Bin lat)
Majlis Pentauliahan Pegawai KRS Kedah berjalan dengan lancar. Setelah selesai majlis pentauliahan, para peserta ke Dataran kejat Pusat Ko untuk bergambar bersama dengan Dato' Mansor Bin lat.

Selepas bergambar bersama Pengarah KRS Negeri Kedah, majlis diteruskan dengan jamuan makan. Selepas jamuan makan, maka berakhirlah majlis pentauliahan pegawai KRS Negeri Kedah 2014. 

Jamuan Makan
 Sekalung Tahniah diucapkan kepada semua Pegawai dan Sekretariat KRS / TKRS Negeri dan Daerah yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan majlis ini. Tuan / Puan telah menunjukkan komitmen yang jitu dan berdedikasi walaupun dalam masa yang singkat. Tahniah semua...........

TEAM KRS/TKRS NEGERI KEDAH 2014

Terima kasih daun keladi..tahun depan kita buat lagi...jumpa di Kursus setaf Sarjan KRS Negeri Kedah pada 6 - 9 Februari 2014 di pusat Latihan KRS Kem Nur Hijrah, Batu Hampar Yan, Kedah.

Pegawai Data KRS/TKRS Negeri Kedah
Mejar KRS Noorismail Hj Omar Al-Kuszani
Kapten KRS Roslan Bin Khamis

No comments: