INFO TERKINI : AL FATIHAH UNTUK ARUAH FAIZUL NAIM BIN HARUN DAN UCAPAN TAKZIAH UNTUK KELUARGA BELIAU, SEMOGA ARUAH DAN KITA SEMUA BEROLEH KERAHMATAN DARI ALLAH SWT. KURSUS KENAIKAN PANGKAT SETAF SARJAN SIRI 2 PUTERI PERINGKAT NEGERI KEDAH AKAN DI ADAKAN PADA 28 FEBRUARI HINGGA 2 MAC 2014 DI PUSAT LATIHAN KRS KEM NUR HIJRAH. SARJAN-SARJAN KRS PUTERI ANDA ADA KEBERANIAN, JOM P UJIAN KENAIKAN PANGKAT SETAF SARJAN.

SIAPAKAH PEGAWAI TADBIR PILIHAN ANDA

Siapakah Bakal Calon Pegawai Tadbir TKRS Kedah 2014
Kapten KRS Fairul Wazib Bin Abd Wahab0%
Mejar KRS Dzohirudin Bin Abd Rahim0%
Mejar KRS Noorismail Hj Omar Al-Kuszani0%
Mejar KRS Zaidi Bin Ibrahim0%
Kapten KRS Siti Mazenah 0%
Mejar KRS Fauzi Awang Lipah0%

16 February 2014

SETAF SARJAN KRS SIRI 1 (PUTERA)

Assallammualaikum......apa khabar warga KRS Kedah...

Saya berhenti menulis seketika....tak sempat nak habaq apa yang berlaku dalam Kursus Kenaikan Pangkat Setaf Sarjan KRS Putera yang telah berlalu pada 6 hingga 9 Februari yang lalu.


Sekalung Tahniah diucapkan kepada peserta yang berjaya mendapat Pangkat Setaf Sarjan KRS Malaysia. Seramai 19 orang peserta berjaya daripada 188 orang peserta yang hadir.  Kepada yang tidak berjaya, janganlah berkecil hati. teruskan usaha anda. Pangkat merupakan tanggungjawab yang perlu digalas dengan penuh amanah.


Bagi melahirkan Setaf Sarjan KRS yang berkualiti kita perlu memilih peserta yang benar-benar layak mendapatnya. Walaubagaimanapun, peserta yang hadir seramai 188 orang adalah yang terbaik. Namun begitu, terdapat beberapa orang peserta yang lemah semangat dan meninggalkan rakan-rakan dipertengahan jalan. terdapat 6 orang peserta yang tewas dan balik awal. Apapun pihak sekretariat mengucapkan tahniah kepada mereka kerana semangat untuk hadir kursus ini.



Terima kasih kepada Pihak Jabatan Pendidikan Negeri Kedah yang memberi sokongan yang jitu. tidak dilupakan kepada Sekretaraiat KRS / TKRS Negeri Kedah, Para Jurulatih, Pembantu Jurulatih, Pihak Kem Nur Hijrah yang telah memberi sumbangan dan bantuan tenaga dalam menjayakan Kursus ini.

UJIAN KAWAD DAN KEROHANIAN


Turut tidak dilupakan kepada Penolong Pengarah KRS Ko Akademik JPN Kedah, En. Mafeezul yang sudi hadir menyempurnakan Majlis Penutupan Kursus Kenaikan Pangkat Setaf Sarjan KRS Peringkat Negeri Kedah 2014.

UJIAN BERTULIS KENAIKAN PANGKAT

REKREASI DI PETANG HARI

MALAM KEBUDAYAAN

MENGHIJAUKAN BUMI TUHAN

MAJLIS PENUTUPAN KURSUS KENAIKAN PANGKAT SETAF SARJAN KRS NEGERI KEDAH 2014

Tahniah kepada yang berjaya......bertemu lagi di Kursus yang akan datang.

PEGAWAI DATA TKRS NEGERI KEDAH
MEJAR KRS NOORISMAIL HJ OMAR

No comments: