INFO TERKINI : AL FATIHAH UNTUK ARUAH FAIZUL NAIM BIN HARUN DAN UCAPAN TAKZIAH UNTUK KELUARGA BELIAU, SEMOGA ARUAH DAN KITA SEMUA BEROLEH KERAHMATAN DARI ALLAH SWT. KURSUS KENAIKAN PANGKAT SETAF SARJAN SIRI 2 PUTERI PERINGKAT NEGERI KEDAH AKAN DI ADAKAN PADA 28 FEBRUARI HINGGA 2 MAC 2014 DI PUSAT LATIHAN KRS KEM NUR HIJRAH. SARJAN-SARJAN KRS PUTERI ANDA ADA KEBERANIAN, JOM P UJIAN KENAIKAN PANGKAT SETAF SARJAN.

SIAPAKAH PEGAWAI TADBIR PILIHAN ANDA

Siapakah Bakal Calon Pegawai Tadbir TKRS Kedah 2014
Kapten KRS Fairul Wazib Bin Abd Wahab0%
Mejar KRS Dzohirudin Bin Abd Rahim0%
Mejar KRS Noorismail Hj Omar Al-Kuszani0%
Mejar KRS Zaidi Bin Ibrahim0%
Kapten KRS Siti Mazenah 0%
Mejar KRS Fauzi Awang Lipah0%

03 February 2014

PERKHEMAHAN ASAS KOPRAL KRS / TKRS 2014

30 Januari hingga 2 Februari 2014

Perkhemahan Asas Kopral KRS / TKRS telah di adakan pada 30 Januari hingga 2 Februari 2014 yang lepas. Sebanyak 5 buah sekolah telah menghantar wakil dengan seramai 176 orang peserta. Perkhemahan ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SMK Muadzam Shah yang diadakan di Pusat Latihan KRS Kem Nur Hijrah Batu Hampar Yan. 

SMK Muadzam Shah menghantar seramai 120 orang peserta dengan 16 orang guru penasihat KRS. Manakala SMK Dulang juga menghantar wakil seramai 16 orang peserta dengan 6 guru penasihat yang diketuai Pegawai Data KRS kedah Kapten KRS Roslan Bin Khamis. SMK Pengkalan Lebai Man hadir dengan 7 orang peserta dan diketuai oleh Ustaz Hashim. 

Peserta sekolah rendah dihadiri SK Pinang Tunggal dengan 16 orang peserta dan 7 orang guru penasihat TKRS yang diketuai Mejar KRS Noorismail Hj Omar. Manakala SK Kubur Panjang hadir dengan 12 orang peserta dan 7 orang guru yang diketuai Pegawai Logistik Kedah dan PK Kokurikulum SK Kubor Panjang iaitu Mejar KRS Zaidi Bin Ibrahim.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti Kawad Kaki, orientaring, kecergasan dan memasak. Tahniah kepada Mejar KRS Amrimi yang mengadakan program seperti ini. Semoga usaha murni ini dan dengan sokongan sahabat-sahabat KRS, akan diadakan lagi perkhemahan seperti ini. Tahniah semua.........   


Majlis Suai Kenal, kelihatan Mejar Amrimi, Mej Zaidi dan guru pengiring sedang mendengar taklimat

Kawasan perkhemahan

Latihan Kawad

Aktiviti kawad

Aktiviti Ikatan

Jurulatih Kem sedang memberi tunjuk ajar

Para peserta lelaki bersiap sedia ke Masjid untuk Solat Jumaat

Kesiannya..habis kotor baju saya...hehe

Hai..sinsing tangan nak bertinju ke kak cik oiii....

Sedang memasang khemah

Raptai majlis penutup

Majlis penutup

Sedang menjamu selera

Mejar Ismail Masak nasi goreng

No comments: