Alhamdulillah... Syukur kehadrat Allah kerana segala perancangan selama ini hampir menjadi kenyataan berkat usaha rakan-rakan yang banyak membantu terutamanya Tuan Ahmad Mad Noor dari SM Sains Sultan Mohd Jiwa, Tuan Pengetua SMK Muadzam Shah, Puan Fauziah PK KOKO SMK Muadzam Shah, Tuan Harizan Penolong Pegawai Pelajaran PPD Kota Setar, rakan-rakan KRS, rakan-rakan guru dari SMK Muadzam Shah Majedie, Zahrol, Bang Mut, PW 1 Adam serta ramai lagi yang banyak membantu. Terima kasih juga kepada pihak yang akan turut sama membantu iaitu PDRM, Hospital Baling, JPAM, Pusat Kokurikulum, JKK Kampung Haji Abas dan ramai lagi. Ekspedisi akan dilaksanakan pada 30 Julai hingga 02 Ogos 2009. Perancangan asal hanya melibatkan antara SMK Muadzam Shah dan SM Sains Sultan Mohd Jiwa telah menjadi program besar yang melibatkan dua PPD iaitu PPD Kota Setar dan PPD Kuala Muda Yan. Kerjasama antara dua PPD telah menyebabkan program ini menjadi besar dan melibatkan seramai 174 peserta dan pegawai. Bilangan rakit dianggarkan sebanyak 28 buah rakit. Program ini menjadi bonus kepada peserta yang terlibat yang terdiri dari anggota KRS dan pegawai KRS untuk tahun 2009 ini. Walau bagaimanapun saya rasa terkilan kerana tidak dapat menjadikan aktiviti ini sebagai aktiviti negeri. Jika ia menjadi program negeri maka ramailah anggota dan pegawai KRS dari daerah lain seluruh negeri Kedah dapat turut serta.
Harapan saya kepada semua anggota dan pegawai yang terlibat dapat bersedia dari segi mental dan fizikal. Maklumlah... 4 hari 3 malam bukanlah satu jangka masa yang singkat untuk kita hadapinya. Bawa pakaian dan peralatan yang sesuai agar dapat membantu anda sepanjang ekspedisi.
Insyaallah.. Saya akan memberikan laporan kepada semua pelayar blog KRS Kedah selepas ini.
Posted by amr
1 comment:
tahniah kepada tn. amrimi di atas program yang dianjurkan...teruskan usaha murni anda.
Post a Comment