Takziah kepada keluarga Allahyarham Faizul Naim Bin Harun yang telah kembali ke Rahmatullah pada petang 22 Februari yang lalu kerana kemalangan jalan raya. Arwah merupakan salah seorang Pembantu Jurulatih KRS yang berpangkat Setaf Sarjan KRS. Tahun lepas Arwah mewakili Negeri Kedah ke Serawak dan berjaya mengharumkan Kontinjen Kedah.
Tamat belajar Arwah merupakah Pengerusi Alumni KRS Negeri Kedah. Mempunyai watak kepimpinan yang tinggi. Sepanjang mengenali Arwah beliau seorang yang tidak bercakap banyak, patuh pada arahan, dan yang paling penting beliau mempunyai sifat anak yang soleh...sebagai Hamba Allah aku Sayang padamu...
Kepada keluarga Arwah Faizul Naim. banyakkan bersabar..sesungguhnya Allah lebih menyayanginya..Semoga Rohnya di tempatkan ditempat orang yang Beriman dan Beramal soleh.
Kami warga KRS Kedah bangga melahirkan seorang Pemuda yang hebat seperti beliau...keringat dan sandiwaramu akan kami kenang selalu....
Pada 28 Februari 2014 ini akan diadakan Majlis Bacaan Yaasin Perdana di Pusat Latihan KRS Kem Nur Hijrah. Sehubungan itu, semua warga KRS yang mengenali Arwah marilah bersama ke Majlis Ini.
Marilah kita seluruh Warga KRS yang sejati menghadiahkan Bacaan Al-Fatihah kepadanya..semoga rohnya dicucuri Rahmat Illahi.....AL-FATIHAH
ALLAHYARHAM FAIZUL NAIM |
Kau Sahabat Kau Teman
Telah
tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati
Tulus
ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati
Sudah
ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa
Ya
Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi
Perjuangan
kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami
Moga
amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati