INFO TERKINI : AL FATIHAH UNTUK ARUAH FAIZUL NAIM BIN HARUN DAN UCAPAN TAKZIAH UNTUK KELUARGA BELIAU, SEMOGA ARUAH DAN KITA SEMUA BEROLEH KERAHMATAN DARI ALLAH SWT. KURSUS KENAIKAN PANGKAT SETAF SARJAN SIRI 2 PUTERI PERINGKAT NEGERI KEDAH AKAN DI ADAKAN PADA 28 FEBRUARI HINGGA 2 MAC 2014 DI PUSAT LATIHAN KRS KEM NUR HIJRAH. SARJAN-SARJAN KRS PUTERI ANDA ADA KEBERANIAN, JOM P UJIAN KENAIKAN PANGKAT SETAF SARJAN.

SIAPAKAH PEGAWAI TADBIR PILIHAN ANDA

Siapakah Bakal Calon Pegawai Tadbir TKRS Kedah 2014
Kapten KRS Fairul Wazib Bin Abd Wahab0%
Mejar KRS Dzohirudin Bin Abd Rahim0%
Mejar KRS Noorismail Hj Omar Al-Kuszani0%
Mejar KRS Zaidi Bin Ibrahim0%
Kapten KRS Siti Mazenah 0%
Mejar KRS Fauzi Awang Lipah0%

03 August 2009

Tahniah dan terima kasih

Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Allah kerana Ekspedisi Berakit dan menggua telah selamat dan mencapai matlamat. Tahniah kepada semua peserta dan pegawai yang telah berjaya menyelesaikan ekspedisi ini walaupun hanya setakat SK Kuala Nerang. Saya percaya ekspedisi ini tidak akan dapat dilupakan oleh semua peserta dan pegawai yang telah menyertainya. Pengalaman ini akan menjadi pengalaman yang amat berharga dan tidak ternilai. Tambahan pula ekspedisi ini telah mendapat liputan dari pihak TV3 dan disiarkan melalui Buletin 1.30 pada 03 Ogos yang lalu. Saya akan cuba berbincang dengan Tuan Pegawai Data KRS bagaimana untuk membuat liputan bergambar melalui blog ini. Aktiviti ini telah mencabar minda dan fizikal apabila peserta terpaksa membina sendiri rakit dan mengawal rakit dalam suasana air sungai yang cetek, deras dan banyak halangan di sepanjang perjalanan. Apapun falsafah di sebalik ekspedisi ini ialah begitulah kehidupan kita sebenarnya. Kehidupan kita tidak pernah sunyi dari cubaan dan dugaan dariNya. Hanya orang yang benar-benar bertakwa, beriman dan bersabar sahaja dapat menempuhi segala rintangan yang mendatang.
Saat-saat cemas yang kita hadapi apabila konvoi rakit di 'mamah' kepala air apabila hujan di hulu sungai yang lebat dan petir sabung menyabung mengajar kita betapa besarnya kekuasaan Allah. Rakit yang dibina hanyut dan tenggelam hampir menjadikan kita berputus asa. Apapun, dengan izinNya, Semua peserta ekspedisi selamat. Syukur Alhamdulillah. Saya yakin dan percaya bahawa setiap orang yang menyertai ekspedisi ini dapat mengetahui bahawa kita sebenarnya mempunyai kekuatan untuk terus berjaya dalam apa jua lapangan yang diceburi. Kita terpaksa mempertaruhkan nyawa untuk menyelamatkan diri apabila rakit hanyut dan tenggelam di rumpun buluh. Dengan kekuatan yang kita miliki, marilah kita bersama-sama memastikan diri kita sentiasa menjadi orang yang bertakwa dan berjaya.
Terutama sekali kepada golongan pelajar yang dikasihi, gunakanlah pengalaman ini untuk memastikan anda berjaya di dalam peperiksaan PMR dan SPM nanti. Biarlah kita dipandang mulia. Janganlah dijadikan aktiviti kokurikulum ini sebagai alasan untuk menidakkan kita berjaya dalam peperiksaan. Sepatutnya kita lebih cemerlang dari orang lain kerana kita mempunyai kekuatan minda dan fizikal yang kuat.
Terima kasih kepada semua pihak yang turut membantu terutamanya Tuan Ahmad Md Nor(Ketua Ekspedisi), Pengetua SMK Muadzam Shah Tuan Haji Mutalib bin Salleh, Tuan Harizan PPD HEM Kota Setar, PK Ko Puan Fauziah, PK HEM Tuan Haji Jamal, Bang Mut,Zahrol, Majedie, Man, Rafi, Ad, Midah, Hasliana, PW1 Adam, Zuhdi, JKK Kg Haji Abas Tuan Haji Ismail, Pak Cik Ya, Pak Din, JPAM Kuala Muda Yan, PDRM Baling, TV3, Harian Metro, Abe Wan 'Land Support' yang cemerlang, Pengetua SMK Pengkalan Lebai Man dan guru-gurunya yang selalu dok jamu kami makan, Rahim dan team masak, rakan-rakan pegawai dan semua pihak yang terlibat. Juga terima kasih kepada rakan-rakan yang sentiasa mendoakan keselamatan kami. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian.
Posted by amr

3 comments:

adam said...

tn, kn sk kuala pegang?

Anonymous said...

amboi....tak tau pon aktiviti bez nie....

Anonymous said...

mesti sbb x mngikuti blog ni..