Antara sedar dan tidak kini semua umat Islam khususnya semua warga Kadet Remaja Sekolah Malaysia sedang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadzan yang mulia ini. Semoga Ramadzan kali ini akan mendidik kita untuk menjadi insan yang lebih bertakwa dengan melakukan lebih ibadah terutamanya melakukan sembahyang Terawih dan ibadah-ibadah lain agar segala amalan kita akan diterimaNya. Banyakkan sedekah dibulan yang mulia ini. Sedekah bukan sahaja boleh dilakukan dengan wang ringgit tetapi sedekah juga boleh dilakukan tanpa melibatkan sesen pun duit kita. Malah pahalanya amat besar di sisi Allah. Sedekahkan lah Fatihah dan doa kita kepada mereka yang telah lama meninggalkan kita terutamanya kedua ibu bapa kita yang terlebih dahulu meninggalkan kita. Kita mendoakan semoga roh mereka dicucuri rahmat dan dilimpahkan dengan segala ketenangan.
Seandainya Ramadan kali ini mungkin Ramadzan yang terakhir bagi kita maka jadikanlah Ramadzan ini sebaik-baiknya bagi kita. Banyakkan lah ibadah agar kita tergolong bersama-sama mereka yang beriman dan bertakwa.
Kesempatan ini, saya mewakili warga Kadet Remaja Sekolah Malaysia Negeri Kedah Darul Aman mengucapkan selamat berpuasa dan menjalani ibadah sepanjang bulan Ramadzan yang mulia ini.
No comments:
Post a Comment