INFO TERKINI : AL FATIHAH UNTUK ARUAH FAIZUL NAIM BIN HARUN DAN UCAPAN TAKZIAH UNTUK KELUARGA BELIAU, SEMOGA ARUAH DAN KITA SEMUA BEROLEH KERAHMATAN DARI ALLAH SWT. KURSUS KENAIKAN PANGKAT SETAF SARJAN SIRI 2 PUTERI PERINGKAT NEGERI KEDAH AKAN DI ADAKAN PADA 28 FEBRUARI HINGGA 2 MAC 2014 DI PUSAT LATIHAN KRS KEM NUR HIJRAH. SARJAN-SARJAN KRS PUTERI ANDA ADA KEBERANIAN, JOM P UJIAN KENAIKAN PANGKAT SETAF SARJAN.

SIAPAKAH PEGAWAI TADBIR PILIHAN ANDA

Siapakah Bakal Calon Pegawai Tadbir TKRS Kedah 2014
Kapten KRS Fairul Wazib Bin Abd Wahab0%
Mejar KRS Dzohirudin Bin Abd Rahim0%
Mejar KRS Noorismail Hj Omar Al-Kuszani0%
Mejar KRS Zaidi Bin Ibrahim0%
Kapten KRS Siti Mazenah 0%
Mejar KRS Fauzi Awang Lipah0%

20 March 2013

JAMUAN MAKAN KRS IPA BERSAMA PEGAWAI DAN KETUA SEKTOR (SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM) JABATAN PELAJARAN NEGERI KEDAH

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Semalam 19 Mac 2013 di adakan satu majlis makan malam yang bertempat di Restoran Tepi Sungai, Jalan Stadium Alor Setar pada jam 8 malam yang dianjurkan oleh Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah. Jamuan ini diadakan sebagai tanda terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang bertungkus lumus dalam menjayakan Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah Institusi Pendidikan Agama, Peringkat Kebangsaan Tahun 2012 yang lalu. Negeri Kedah telah menjadi Johan keseluruhan dan mendapat kepujian di Peringkat Kementerian kerana telah menganjurkan Perkhemahan yang cukup berjaya dan penuh adat istiadat KRS Malaysia. Pada rakan-rakan yang tidak dapat hadir semalam kerana masalah tertentu, Pihak JPN merakamkan jutaan terima kasih kepada tuan / puan yang telah banyak membantu pada perkhemahan yang lalu.

Pihak Sekretariat KRS / TKRS mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sektor Pendidikan Islam, JPN Kedah kerana mengadakan jamuan seperti ini. Ini adalah satu penghargaan yang tidak terhingga yang pernah kami terima sepanjang berada dalam barisan kepimpinan KRS Kedah. semoga usaha murni ini akan merapatkan lagi hubungan KRS Kedah dengan SPI JPN Kedah. Terima Kasih semua. IPA akan bertemu di negeri Perak darul Ridzuan tempat teman bertugas dulu.

Mejar (KRS) Ustaz Noorismail HJ Omar AL-Kuszani
Pegawai Data TKRS Kedah 
Mejar Shafril Khenyeh lebih


Mejar Zaib seronok dpt hadiah









Ucapan Ketua Sektor SPI Ustaz Abd Aziz

Ucapan Aluan Ust Zul


No comments: