INFO TERKINI : AL FATIHAH UNTUK ARUAH FAIZUL NAIM BIN HARUN DAN UCAPAN TAKZIAH UNTUK KELUARGA BELIAU, SEMOGA ARUAH DAN KITA SEMUA BEROLEH KERAHMATAN DARI ALLAH SWT. KURSUS KENAIKAN PANGKAT SETAF SARJAN SIRI 2 PUTERI PERINGKAT NEGERI KEDAH AKAN DI ADAKAN PADA 28 FEBRUARI HINGGA 2 MAC 2014 DI PUSAT LATIHAN KRS KEM NUR HIJRAH. SARJAN-SARJAN KRS PUTERI ANDA ADA KEBERANIAN, JOM P UJIAN KENAIKAN PANGKAT SETAF SARJAN.

SIAPAKAH PEGAWAI TADBIR PILIHAN ANDA

Siapakah Bakal Calon Pegawai Tadbir TKRS Kedah 2014
Kapten KRS Fairul Wazib Bin Abd Wahab0%
Mejar KRS Dzohirudin Bin Abd Rahim0%
Mejar KRS Noorismail Hj Omar Al-Kuszani0%
Mejar KRS Zaidi Bin Ibrahim0%
Kapten KRS Siti Mazenah 0%
Mejar KRS Fauzi Awang Lipah0%

20 March 2013

PENDAFTARAN PESERTA DAN JURULATIH SECARA ONLINE

Assalammualaikum..sahabat-sahabat dan ahli krs seluruh negeri kedah. Disini saya telah masukkan satu aplikasi di MENU di atas untuk diisi oleh peserta Kursus Kenaikan Pangkat Setaf Sarjan untuk mengetahui data kehadiran peserta ke kursus itu nanti. Para Jurulatih yang terlibat juga boleh membuat pengesahan kehadiran di Pendaftaran Jurulatih.

Terima Kasih kerana menggunakan sistem ini. Ini sahaja yang mampu.

Mejar (KRS) Ustaz Noorismail Hj Omar Al-Kuszani
Pegawai Data KRS Kedah

JAMUAN MAKAN KRS IPA BERSAMA PEGAWAI DAN KETUA SEKTOR (SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM) JABATAN PELAJARAN NEGERI KEDAH

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Semalam 19 Mac 2013 di adakan satu majlis makan malam yang bertempat di Restoran Tepi Sungai, Jalan Stadium Alor Setar pada jam 8 malam yang dianjurkan oleh Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah. Jamuan ini diadakan sebagai tanda terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang bertungkus lumus dalam menjayakan Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah Institusi Pendidikan Agama, Peringkat Kebangsaan Tahun 2012 yang lalu. Negeri Kedah telah menjadi Johan keseluruhan dan mendapat kepujian di Peringkat Kementerian kerana telah menganjurkan Perkhemahan yang cukup berjaya dan penuh adat istiadat KRS Malaysia. Pada rakan-rakan yang tidak dapat hadir semalam kerana masalah tertentu, Pihak JPN merakamkan jutaan terima kasih kepada tuan / puan yang telah banyak membantu pada perkhemahan yang lalu.

Pihak Sekretariat KRS / TKRS mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sektor Pendidikan Islam, JPN Kedah kerana mengadakan jamuan seperti ini. Ini adalah satu penghargaan yang tidak terhingga yang pernah kami terima sepanjang berada dalam barisan kepimpinan KRS Kedah. semoga usaha murni ini akan merapatkan lagi hubungan KRS Kedah dengan SPI JPN Kedah. Terima Kasih semua. IPA akan bertemu di negeri Perak darul Ridzuan tempat teman bertugas dulu.

Mejar (KRS) Ustaz Noorismail HJ Omar AL-Kuszani
Pegawai Data TKRS Kedah 
Mejar Shafril Khenyeh lebih


Mejar Zaib seronok dpt hadiah









Ucapan Ketua Sektor SPI Ustaz Abd Aziz

Ucapan Aluan Ust Zul


18 March 2013

KURSUS KENAIKAN PANGKAT SETAF SARJAN KRS PERINGKAT NEGERI KEDAH 2013

Assalammualaikum disini saya ingin sampaikan maklumat berkenaan Kursus Kenaikan Pangkat Setaf Sarjan KRS Peringkat Negeri Kedah yang dijangka akan di adakan seperti butiran berikut
Tajuk     :  Kursus Kenaikan Pangkat Setaf Sarjan Peringkat Negeri Kedah Siri 1 (Putera)
Tarikh    :  4 Hingga 7 April 2013
Tempat  :   Pusat Latihan KRS, Kem Nur Hijrah Batu Hampar Yan.
Sasaran  :   Setiap sekolah Menengah Perlu menghantar dua orang peserta Lelaki Ting. 4 dan 5
Syarat    :  Ting 4 & 5, Sekurangnya mempunyai pangkat Koperal. Jika Tiada bolehlah dihantar
Peserta lain yang difikirkan layak, bersemangat, minat dan sanggup mengharung
cabaran dan ujian Kenaikan Pangkat ini.

Tajuk     :  Kursus Kenaikan Pangkat Setaf Sarjan Peringkat Negeri Kedah Siri 2 (Puteri)
Tarikh    :  11 Hingga 14 April 2013
Tempat  :   Pusat Latihan KRS, Kem Nur Hijrah Batu Hampar Yan.
Sasaran  :   Setiap sekolah Menengah Perlu menghantar dua orang peserta Lelaki Ting. 4 dan 5
Syarat    :  Ting 4 & 5, Sekurangnya mempunyai pangkat Koperal. Jika Tiada bolehlah dihantar
Peserta lain yang difikirkan layak, bersemangat, minat dan sanggup mengharung
 cabaran dan ujian Kenaikan Pangkat ini.      
   
PERHATIAN   :
Perhatian kepada semua Pegawai Tadbir Daerah, anda perlu menyediakan peserta untuk Kursus Setaf Sarjan KRS Negeri. Anda boleh menghantar Borang Pencalonan Peserta Terlebih dahulu ke sekolah-sekolah di daerah Tuan / Puan sebelum surat daripada JPN dikeluarkan. Ini bagi memudahkan urusan tuan / puan menyediakan peserta dengan lebih teratur dan lancar. Sila wujudkan email bagi daerah tuan puan seperti yang diwujudkan oleh Daerah Kuala Muda / Yan seperti  ( datakrskmy@gmail.com).

Sehubungan itu, mohon semua Pegawai Data di Daerah masing-masing mewujudkan akaun email seperti ini bagi memudahkan urusan menerima maklum balas daripada sekolah. Ini adalah sekadar cadangan untuk dikongsi bersama. Borang boleh di Muat Turun di Sini....Borang Pencalonan Peserta Kursus Kenaikan Pangkat Setaf Sarjan KRS Negeri 2013

Pegawai Data KRS Negeri Kedah :
Mejar (KRS) Ustaz Noorismail Hj Omar Al-Kuszani

17 March 2013

KURSUS KENAIKAN PANGKAT SARJAN TKRS PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2013



Kursus Kenaikan Pangkat Sarjan TKRS Peringkat Negeri Kedah tahun 2013

Assalammualaikum...lama tak update blog ni. Saya Mejar (KRS) Noorismail Hj Omar adalah Pegawai Data TKRS Negeri Kedah menggantikan Kapt (KRS) Sayuty Awang yang bertugas di SK Taman Ria dan Jurulatih Pusat Ko. Namun begitu, Tuan Sayuty masih lagi bertugas sebagai jurulatih KRS Kedah.

Pada 14 Mac hingga 16 Mac telah diadakan Kursus Kenaikan Pangkat Sarjan TKRS Peringkat Negeri Kedah. Seramai 217 orang peserta daripada semua Daerah seluruh Negeri Kedah telah mendaftarkan diri bagi menyertai kursus ini. Seramai 17 orang Jurulatih terlibat yang terdiri daripada Sekretariat KRS dan TKRS Kedah. Perkhemahan ini di adakan di Pusat Latihan KRS, Kem Nur Hijrah, Batu Hampar Yan Kedah. Selama 3 hari ini, peserta diuji dengan beberapa ujian bagi membolehkan mereka menerima pangkat Sarjan TKRS. Antara ujian yang menjadi medan pengujian para peserta ialah Kawad, Kerohanian, Kecergasan, Kebudayaan dan Sikap. Setelah mengharungi pelbagai cabaran dan halangan, akhirnya seramai 50 orang telah berjaya mencapai Tahap Sarjan TKRS. Tahniah diucapkan kepada para peserta. 
Tuan Lan dok tengak apa agaknya...




Tuan Zul Memberi Taklimat
Kem Komandan Kapt (KRS) Fairul Wazib
Hai Senyum apa tu...





Pandainya Mejar (KRS) Fauzi mengajar tali


Segaknya anak-anak KRS memakai uniform TKRS..Tahniah



Majlis Penutup Kursus Kenaikan Pangkat Sarjan TKRS peringkat Negeri Kedah Tahun 2013



Seramai 36 orang daripada peserta yang berjaya dipilih untuk mewakili Negeri Kedah ke Perkhemahan Tunas KRS Peringkat Kebangsaan Tahun 2013 yang dijangka akan diadakan pada 14 hingga 18 April di Negeri Pahang Darul Makmur.  
Semoga Kontinjen Kedah Akan Terus Berjaya....