INFO TERKINI : AL FATIHAH UNTUK ARUAH FAIZUL NAIM BIN HARUN DAN UCAPAN TAKZIAH UNTUK KELUARGA BELIAU, SEMOGA ARUAH DAN KITA SEMUA BEROLEH KERAHMATAN DARI ALLAH SWT. KURSUS KENAIKAN PANGKAT SETAF SARJAN SIRI 2 PUTERI PERINGKAT NEGERI KEDAH AKAN DI ADAKAN PADA 28 FEBRUARI HINGGA 2 MAC 2014 DI PUSAT LATIHAN KRS KEM NUR HIJRAH. SARJAN-SARJAN KRS PUTERI ANDA ADA KEBERANIAN, JOM P UJIAN KENAIKAN PANGKAT SETAF SARJAN.

SIAPAKAH PEGAWAI TADBIR PILIHAN ANDA

Siapakah Bakal Calon Pegawai Tadbir TKRS Kedah 2014
Kapten KRS Fairul Wazib Bin Abd Wahab0%
Mejar KRS Dzohirudin Bin Abd Rahim0%
Mejar KRS Noorismail Hj Omar Al-Kuszani0%
Mejar KRS Zaidi Bin Ibrahim0%
Kapten KRS Siti Mazenah 0%
Mejar KRS Fauzi Awang Lipah0%

26 August 2009

Sekadar kenangan

Taklimat disampaikan oleh Puan Fauziah kepada peserta ekspedisi.


Peserta ekspedisi selamat sampai ke Check Point ke dua iaitu Kampung Titi Tok Bandar. Disini peserta akan bermalam dan berehat, Esok pagi peserta akan melakukan aktiviti menggua. Suspen......

Rakit-rakit yang 'sakit' perlu diberi rawatan yang sewajarnya agar kesihatannya tidak terganggu. Kelihatan peserta ekspedisi sedang bertungkus lumus mengangkat rakit ke darat agar dapat diberi rawatan yang sewajarnya. Kebanyakan rakit mengalami kerosakan pada tiub kerana berlanggar dengan batu dan kayu. Biasalah.... drebar amatur.





Sebahagian pegawai yang menyertai ekspedisi berakit sempat mengabadikan kenangan sebelum berlepas.

Kelihatan sebahagian penduduk kampung yang datang meraikan konvoi berakit. Sambutan yang kami terima dari penduduk kampung menyebabkan perasaan sedih nak berpisah. Tetapi apa kan daya, perjuangan mesti diteruskan. Itulah misi kami.
Tuan Haji Ismail, JKK Kampung Haji Abas berucap bagi pihak penduduk kampung. Tabik... Tuan Haji...

Ustaz Zaib sedang membaca doa memohon kepada Allah agar ekspedisi kami berjalan dengan lancar tanpa kemudaratan. (Ustaz, depa kata koboi mana naik rakit. Koboi naik kuda aje..) Depa jelous la tu, nak pinjam topi tu tapi tak dapat.
Pasukan ekspedisi berakit sempat dihiburkan dengan pasukan muzik peribumi dari Kampung Haji Abas. Yang bestnya.... Lagu Hindustan pun ada juga. Pak cik yang main harmonika tu best la...



Inilah satu-satunya aktiviti yang tidak menggunakan tenaga. Berposing.......

Kira tengok berapa rakit semua.....


Ishk... Ishk... Boleh ka ni nak kayuh.


Ha! nak ikat tu tengok kaki ana sama...


amoi kilang tali...

Dok jauh sikit... meleleh air liur tu.. Apa pun inilah juadah yang paling best yang dapat kami makan sepanjang ekspedisi. Thanks chef-chef..

Koleksi gambar Ekspedisi Berakit 2009


Ekspedisi Berakit dan Menggua Kadet Remaja Sekolah Malaysia Daerah Kota Setar Tahun 2009



Peserta ekspedisi bertungkus lumus menyiapkan pendayung untuk digunakan semasa berakit. Semua peserta bergotong royong untuk memastikan papan yang dibeli di kedai hardware bertukar menjadi pendayung



Majlis Perasmian Ekspedisi Berakit dan Menggua disempurnakan oleh Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah, Tuan Haji Mutalib bin Salleh di Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah bagi pihak PPD Kota Setar. Beliau menasihatkan semua peserta agar menjaga keselamatan diri dan mendoakan agar ekspedisi ini berjalan dengan lancar. Program ini juga merupakan satu program yang pertama diadakan oleh SMKMS. Tabik tuan !!! Sokongan dan kerjasama yang telah tuan berikan amat bermakna kepada kami semua.